Ramai yang mengatakan cinta itu indah...namun kenyataannya amat perit untuk ditelan.
Cinta membuatkan manusia lupa akan diri mereka sendiri...mereka lebih mementingkan pasangan. Keadaan dan perasaan pasangan didahulukan tetapi mereka pula tidak pernah sedetikpun memikirkan diri kita.
Saat sedang asyik bercinta, kite sering terbayang, terkenang akan peristiwa2 manis dalam percintaan namun pernahkah kita berfikir adakah dia juga memikirkan tentang kita??
Mata menjadi buta, telinga menjadi tuli, langkah menjadi kaku saat diulit cinta bersama kekasih hati....senyuman melakar di wajah tanda gembira tidak terhingga.
Beberapa bulan pertama dia menunjukkan bahawa dia begitu menyayangi kite, rindu jika tidak bertemu sedetikpun....namun adakah itu benar???
Panggilan sayang, b, bby, anja sering diungkapkan dalam percintaan...indahnya hidup saat itu.
Tidur tak nyenyak, makan x lalu, mandi tak basah....begitu sekali angau dalam cinta.
Hari silih berganti dier mula menunjukkan belangnya, ada sahaja kesalahan kita yang diungkapkan....
U tak pandai jaga i, u tak hirau kan i, u da ada bf baru....itu la kate2 yang sering diucap pada kita. Waktu senang lupe kan kite, waktu susah tahu pulak nak cari kite....
Cinta hanyalah mainan...tidak mudah untuk mencari cinta sejati...satu dalam berjuta.
Cinta pada diri sendiri lebih bernilai berbanding cinta orang lain pada kita...
Tidak salah mencintai dia namun ingatlah bahawa kite tidak boleh mentafsir hati dan naluri orang lain...,belajarlah daripada kesilapan.
Jangan mudah menerima cinta seseorang itu walaupun sudah bertahun kite mengenalinya.
Biarlah masa dan takdir mrnentukan...andai jodoh itu ada, kita akan mendapat cinta yang sejati.
Cinta itu memang buta namun jangan butakan mata kite daripada menilai dan melihat disebalik perwatakan dan tingkah lakunya...pasti ada yang tersembunyi disebalik dirinya.
Bukalah mata dan minda dalam menilai dan mencari cinta sejati.