Friday, June 25, 2010

mY DiaRy....

                Salam...
Beberapa hari lagi, cuti semesta akan berakhir...sudah hampir 2 bulan aku bercuti ...dalam tempoh ini juga aku tidak bertemu rakan-rakanku.....kami hanya berhubung melalui FB dan Hp sahaja.....namun begitu ade juga yang menyepi tanpa khabar berita...mungkin mereka seronok bercuti...kadang kala rindu juga pada mereka semua.... hidup ini memang tidak lengkap tanpa sahabat kan....merekalah yang akan membantu kita berjaya dan memenuhi ruang-ruang hidup kita yang kosong...bila sunyi mereka yang akan menceriakan kita....
10 JUN 2010, keputusan peperiksaan semesta 2 pelajar uitm telah dikeluarkan....aku juga tergolong dalam kategori ini....cemas dan risau menyelubungi diri ini....maklumlah result ini akan menentukan sama ada aku dapat meneruskan pembelajaranku atau tidak....
alhamdulillah segala ok walaupun tidak sehebat mana...masih ada peluang untuk berjaya di sem depan...namun sedih hati ini tatkala mendengar bahawa ada sahabat yang kecundang dan putus asa untuk meneruskan pembelajaran mereka....ramai juga rakanku yang berhenti dalam perjuangan ini.....mereka memilih untuk belajar dalam kos lain.....3 sahabat baikku pergi meninggalkan aku....aku harapkan mereka berjaya dalam kehidupan mereka....aku disini perlu meneruskan impian dan harapan ibu bapaku....
30 JUN ini akan menjadi detik permulaan semula bagi aku di kolej....Sem 3 pastinya lebih mencabar dan memerlukan ketekunan yang lebih....rakan juga akan bertambah...walau seramai mana rakan yang kumiliki , aku berharap agar rakan yang sedia ada akan terus bersamaku menghadapi cabaran yang akan datang....kepada sesiapa sahaja yang membaca diary ini, saya yakin anda juga adalah rakan saya....selamat berjuang wahai sahabat....kita mampu untuk berjaya...

                                                                                                                  CutygurlZ......