Sunday, December 15, 2013

Hati Yang Kau Sakiti!!!

Pada pandangan kau, aku tiada perasaan...tapi sebenarnya aku sakit hati...teramat sakit! Aku terpedaya dengan kebaikan kau....kau perlukan aku disaat kau kesunyian...kau datang kat aku bila kau dalam kesusahan...kau kesepian...sekarang, kau dah ada teman , kau buat aku sakit hati...sikit pun kau x pandang aku...kalau boleh aku undurkan masa...aku x ingin kenal kau...jumpa kau sekalipun aku x nak...
 Aku benci kau lebih banyak dari kau cintakan perempuan tu. 
Kau gembira setelah aku kau sakiti dan kau lukai....memang jodoh ditangan Tuhan tapi kau tak berhak permainkan perasaan aku. Tuhan mendengar doa hambanya yang dikhianati. Aku doakan kau bahagia walaupun aku benci kau. lepas apa yang terjadi, jangan berharap aku akan rapat dan baik dengan kau mcm sebelum ni. Setelah hati aku kau sakiti....aku x kenal kau!!

Friday, June 17, 2011

KUCING KESYANGANKU....

Dulu, jika disebut sahaja tentang kucing akulah orang yang pertama akan lari dulu...bukan kerana takut tapi geli dengan bulu kucing. Tambahan pula aku ada asthma yang menghalang aku daripada menyentuhnya. Namun sejak akhir-akhir ini aku sudah mula menyukai kucing. Kalau dulu seekor kucingpun tak ada di rumah aku...sekarang dah ada 3 ekor.
Monsy, Lili dan Lala....itulah nama yang diberikan oleh aku kepada kucing-kucingku...Monsy aku temui dirumah bos ayahku...aku membawanya pulang ke rumah...sejak hari itu Monsy menjadi rapat dan manja....Lili dan Lala pula ayahku jumpa di kedai motorsikal...mereka baru dilahirkan waktu itu...ayahku membawa mereka pulang ke rumah dan menjaga mereka sebaik mungkin...Lili dan Lala kini sudah berada dirumahku selama 1 bulan 16 hari....
Aku masih ingat detik pertama Lili dan Lala datang kerumahku...mereka begitu kecil dan comot....aku dan ayahku membersihkan mereka....disebabkan mereka kembar, aku memberikan nama Lili dan Lala...Lili seekor kucing betina dan Lala pula adalah kucing jantan....beberapa hari selepas itu mereka sakit dan aku menjadi panik...aku membelikan mereka susu  kucing setelah aku terbaca satu article di internet mengatakan kucing yang masih kecil hendaklah diberi minum susu khas. Setelah itu mereka menjadi semakin sihat dan membesar dengan baik...Lili dan Lala sering menceriakan hari-hariku....Bila aku pualng dari kolej, Lili dan Lala akan menyambut aku di depan pintu....Kini hari-hariku tidak lagi bosan seperti dulu....maklumlah aku tiada adik untuk bermanja.... So, bermanjalah dengan kucing.....Aku sayang Monsy, Lili dan Lala....

Wednesday, April 13, 2011

TERIMA KASIH......

Salam......Hari nie saya nak bercerita tentang kenangan di semesta 4.
        
        Pejam celik-pejam celik, dah nak final exam. Cepat rasanya 4 bulan berlalu. Dalam masa 4 bulan nie lah pelbagai perkara dan kenangan tercatat dalam diari kehidupan saya. Semesta kali ini dipenuhi dengan dugaan dan cabaran. Ia menguji kemampuan saya untuk bertindak dan membuat keputusan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Berada di section 5 benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan saya. Bukan kekuatan untuk bergaduh tetapi kekuatan akal dan fikiran untuk menghadapi tekanan pembelajaran dan bersaing untuk menjadi antara yang terbaik. Maklumlah, sekarang nie bukan sahaja kepintaran tetapi kekuatan untuk berfikiran rasional amat diperlukan untuk memantapkan diri dan berjaya.
         Pada saat ini, saya amat berterima kasih kepada rakan- rakan yang sangat membantu dalam pembelajaran saya. Kepada Farah Baharin, Syafiq Idris dan Rahmah terima kasih kerana menjadi rakan  yang sangat bekerjasama dalam menyiapkan setiap tugasan BEL312. Walaupun kita pernah menghadapi kesukaran namun kita berjaya mengharunginya hingga ke akhirnya.Kenangan terindah adalah pabila kita sama-sama memakai pakaian sama warna untuk setiap presentation. Role play tu satu pengalaman baru untuk Liea .Kita berjaya siapkan walaupun ada pelbagai dugaan. Apapun TERIMA KASIH.....
       Kepada yang lain, terima kasih atas segalanya.....harap kita akan tetap berkawan walaupun kita tidak berada dalam satu section.

Thursday, March 3, 2011

SaLahKah SiNgle????

       Zaman sekarang mencari orang yg setia bukan mudah.....
Perempuan lebih ramai dari lelaki...
       Oleh sebab itu ramai yang memilih untuk "single".....
Itu pilihan dan hak masing-masing....
       Namun, masih ada yang berasa pelik bila seseorang berkata "saya masih single"....
  Ermmm.....kenape ye??
        Salah ke menjadi single??
Couple sudah menjadi trend masa kini....
        Bila seseorang masih single, mereka akan dilabel sbg jenis yang suka memilih atau tidak laku....
     Ada juga yang berkata, mereka yang masih single ini jenis yang "high profile".....
             Bila difikirkan....mengapa mereka risau jika seseorang itu masih single....
     Jika asyik bertukar pasangan...dilabel pula sebagai playboy dan playgirl...
    
Sebenarnya, banyak PERSOALAN yang difikirkan oleh seseorang yang hendak berpacaran....
       Adakah dia sesuai untuk saya???
Adakah dia benar2 menyayangi saya???
        Apakah sebab dia memilih saya??
Mampukah saya dan dia setia??
        Adakah dia akan menerima kelemahan saya???


Disebabkan persoalan inilah mereka memilih untuk single....
    Lagipun, jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan...
Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan....
  Jika takdir berkata begitu....apa lagi yang mampu dilakukan....


Jadi, salahkah menjadi "single" ?????


Bagi saya, single atau sudah berpunya itu hanyalah status semata-mata....jika kita sudah mempunyai kekasih tetapi tidak pandai menjaga pasangan serta sering bergaduh....lebih baik menjadi single...tidaklah nanti memudaratkan diri...


Jika kita single tetapi suka merosakkan hubungan orang lain, lebih baiklah kita mencari seseorang untuk dijadikan kekasih....jadi, masa akan terluang dengan melayan si kekasih hati....tidaklah menyusahkan org lain...


Betul x apa yang sy ckp??
Jika anda x setuju....silalah komen....:)
    


    
          

Sunday, February 27, 2011

KISAH KAMI.............

Petang itu aku duduk sendirian di taman sambil membaca novel. Dikanan ku ada sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta berpegangan tangan. Disebelah kiriku pula terdapat sekumpulan pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran . Melihat mereka aku terkenang akan kisah lama.
Sewaktu di sekolah menengah dulu, aku mempunyai 2 kawan rapat iaitu Syamim dan Sarah. Kami sering bersama walaupun berlainan kelas. Jika ada masa terluang kami akan berjumpa dan melakukan aktiviti yang kadang2 x berfaedah pon. Aku seorang yang sensitif, Syamim seorang yg sangat bersopan santun dan Sarah pula seorang yang paling cergas dan brutal. Antara kami bertiga, Sarah yang paling pandai menghidupkan suasana. Dari sunyi bertukar bising. Bila rehat, kami akan duduk 1 meja dan bercerita. Ada sahaja cerita yang ingin dibualkan walaupun kdg2 perkara tu x ada kene mengena pun dgn kami.
Kisah budak2 kat sekolah dan cikgu semua kami tahu. Sebut sahajalah cikgu yang mana 1...semua dalam kisah mereka dalam poket kami.
Bila ada perasaan x puas hati dgn member atau cikgu, kami mulalah luahkan perasaan. Tempat kami lepak biasanya dibawah pokok berhampiran pagar sekolah di tempat letak kereta  guru2. Kerusi batu berwarna hijau menjadi tempat kami bercerita. Cara kami menghilangkan stress atau meluahkan perasaan adalah dengan menyanyi. Lagu kegemaran kami adalah "Butakah Cinta". Rasanya kalau pokok, pagar dan kerusi batu tu boleh bercakap, dah lama dia suruh kami diam setiap kali kami menyanyi dan buat bising kat situ.
Paling best, setiap hari jumaat, kami balik awal. Pukul 12 dah balik tapi kami x terus balik rumah tau.. kami lepak dulu kat kerusi hijau tu sebab masa tu budak lelaki sekolah sebelah balik dari sekolah. Kebetulan sekolah kami berhampiran dengan masjid, setiap jumaat budak2 lelaki akan ke masjid tuk solat jumaat. Sebelum tu, diorang akan singgah dekat gerai2 depan sekolah kami untuk mmbeli makanan. Masa tu la kami mulakan operasi "MENGURAT". Biasanya, Sarah akan mulakan dulu. Pantang nampak mamat hansome je Sarah mulalah buat muka comel dier. Mcm2 gaya dier buat nak tarik perhatian.
Pernah sekali, kami bertaruh supaya Sarah pikat seorang mamat yang sangat kacak nie. Mamat tu senior kami sebenarnya. Setiap kali dia jalan depan kami, Sarah akan  mulakan rancangannya. Mamat tu kebal sangat sbb dier langsung x layan bila Sarah nak berkenalan dgn dier. Aku dan Syamim pula asyik tergelak setiap kali Sarah cuba memikat. Aku nakal tapi bila masuk bab memikat lelaki nie mmg aku lemah so, lihat je la Sarah pikat.
Dah berapa kali mncuba, Sarah akhirnya mengalah. Minggu seterusnya, kami dah x tegur mamat tu tapi tiba2 ada seorang budak junior nie datang bagi sehelai kertas kat kami.
   
        "Assalamualaikum.....nama saya Amir. Saya tahu awak semua cuba nak pikat saya kan. Saya sudi berkawan dgn awk semua asalkan awak bg no phone kawan awak yang berambut panjang tu. Boleh??"

Kami semua terkejut. Rupanya dia terpikat kat aku. huhuhuhu......lawak je. nmpak mcm kebal tapi rupanya dalam hati ada taman bunga. Aku pun bg la no phone kat dier. Mula2 malu tapi lepas tu dah ok. Setiap jumaat aku akan berjumpa dengan dier. Aku hanya mnganggap dier sbgai abg angkat. Hubungan kami tidak lama. Dia berpindah ke sekolah lain dan kami terputus hubungan. Hingga sekarang aku x tahu dier kat mana.
Bila difikirkan balik, kenangan masa zaman kanak2 memang manis. Tak banyak perkara yang perlu difikirkan. Sekarang semua perkara perlu dipertimbangkan. Jika tersalah langkah, dicaci dan dihina. Kalaulah masa boleh diundurkan ingin sekali aku kembali ke masa lampau.

Tuesday, July 13, 2010

Sweet 19.........

Masa berlalu dengan pantasnya...tanpaku sedar usiaku semakin bertambah...genap 19 tahun. Pada usia ini, aq akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sebagai remaja. Aq menyambut hari lahirku pada hari pertama aq memasuki kelas. Ramai juga yang mengucapkan "sELAMAT hArI lAHIR " kepadaku....aku amat gembira hari itu...
X sangka ramai juga yang mengingati hari lahirku....
Walaupun hari lahirku tidak disambut meriah seperti dulu namun aku bersyukur dan terharu tatkala mami dan papa menciumku dipagi hari sebelum melangkah ke kolej....aku menitiskan air mata pagi itu....tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mami dan papa....
Ribuan terima kasih kepada semua...Kepada ain dan nani, terima kasih diatas pemberian "bear" yang comel itu,.....lea akan jaga baik-baik....sayang kamu semua....:)

Friday, June 25, 2010

mY DiaRy....

                Salam...
Beberapa hari lagi, cuti semesta akan berakhir...sudah hampir 2 bulan aku bercuti ...dalam tempoh ini juga aku tidak bertemu rakan-rakanku.....kami hanya berhubung melalui FB dan Hp sahaja.....namun begitu ade juga yang menyepi tanpa khabar berita...mungkin mereka seronok bercuti...kadang kala rindu juga pada mereka semua.... hidup ini memang tidak lengkap tanpa sahabat kan....merekalah yang akan membantu kita berjaya dan memenuhi ruang-ruang hidup kita yang kosong...bila sunyi mereka yang akan menceriakan kita....
10 JUN 2010, keputusan peperiksaan semesta 2 pelajar uitm telah dikeluarkan....aku juga tergolong dalam kategori ini....cemas dan risau menyelubungi diri ini....maklumlah result ini akan menentukan sama ada aku dapat meneruskan pembelajaranku atau tidak....
alhamdulillah segala ok walaupun tidak sehebat mana...masih ada peluang untuk berjaya di sem depan...namun sedih hati ini tatkala mendengar bahawa ada sahabat yang kecundang dan putus asa untuk meneruskan pembelajaran mereka....ramai juga rakanku yang berhenti dalam perjuangan ini.....mereka memilih untuk belajar dalam kos lain.....3 sahabat baikku pergi meninggalkan aku....aku harapkan mereka berjaya dalam kehidupan mereka....aku disini perlu meneruskan impian dan harapan ibu bapaku....
30 JUN ini akan menjadi detik permulaan semula bagi aku di kolej....Sem 3 pastinya lebih mencabar dan memerlukan ketekunan yang lebih....rakan juga akan bertambah...walau seramai mana rakan yang kumiliki , aku berharap agar rakan yang sedia ada akan terus bersamaku menghadapi cabaran yang akan datang....kepada sesiapa sahaja yang membaca diary ini, saya yakin anda juga adalah rakan saya....selamat berjuang wahai sahabat....kita mampu untuk berjaya...

                                                                                                                  CutygurlZ......