Sunday, February 27, 2011

KISAH KAMI.............

Petang itu aku duduk sendirian di taman sambil membaca novel. Dikanan ku ada sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta berpegangan tangan. Disebelah kiriku pula terdapat sekumpulan pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran . Melihat mereka aku terkenang akan kisah lama.
Sewaktu di sekolah menengah dulu, aku mempunyai 2 kawan rapat iaitu Syamim dan Sarah. Kami sering bersama walaupun berlainan kelas. Jika ada masa terluang kami akan berjumpa dan melakukan aktiviti yang kadang2 x berfaedah pon. Aku seorang yang sensitif, Syamim seorang yg sangat bersopan santun dan Sarah pula seorang yang paling cergas dan brutal. Antara kami bertiga, Sarah yang paling pandai menghidupkan suasana. Dari sunyi bertukar bising. Bila rehat, kami akan duduk 1 meja dan bercerita. Ada sahaja cerita yang ingin dibualkan walaupun kdg2 perkara tu x ada kene mengena pun dgn kami.
Kisah budak2 kat sekolah dan cikgu semua kami tahu. Sebut sahajalah cikgu yang mana 1...semua dalam kisah mereka dalam poket kami.
Bila ada perasaan x puas hati dgn member atau cikgu, kami mulalah luahkan perasaan. Tempat kami lepak biasanya dibawah pokok berhampiran pagar sekolah di tempat letak kereta  guru2. Kerusi batu berwarna hijau menjadi tempat kami bercerita. Cara kami menghilangkan stress atau meluahkan perasaan adalah dengan menyanyi. Lagu kegemaran kami adalah "Butakah Cinta". Rasanya kalau pokok, pagar dan kerusi batu tu boleh bercakap, dah lama dia suruh kami diam setiap kali kami menyanyi dan buat bising kat situ.
Paling best, setiap hari jumaat, kami balik awal. Pukul 12 dah balik tapi kami x terus balik rumah tau.. kami lepak dulu kat kerusi hijau tu sebab masa tu budak lelaki sekolah sebelah balik dari sekolah. Kebetulan sekolah kami berhampiran dengan masjid, setiap jumaat budak2 lelaki akan ke masjid tuk solat jumaat. Sebelum tu, diorang akan singgah dekat gerai2 depan sekolah kami untuk mmbeli makanan. Masa tu la kami mulakan operasi "MENGURAT". Biasanya, Sarah akan mulakan dulu. Pantang nampak mamat hansome je Sarah mulalah buat muka comel dier. Mcm2 gaya dier buat nak tarik perhatian.
Pernah sekali, kami bertaruh supaya Sarah pikat seorang mamat yang sangat kacak nie. Mamat tu senior kami sebenarnya. Setiap kali dia jalan depan kami, Sarah akan  mulakan rancangannya. Mamat tu kebal sangat sbb dier langsung x layan bila Sarah nak berkenalan dgn dier. Aku dan Syamim pula asyik tergelak setiap kali Sarah cuba memikat. Aku nakal tapi bila masuk bab memikat lelaki nie mmg aku lemah so, lihat je la Sarah pikat.
Dah berapa kali mncuba, Sarah akhirnya mengalah. Minggu seterusnya, kami dah x tegur mamat tu tapi tiba2 ada seorang budak junior nie datang bagi sehelai kertas kat kami.
   
        "Assalamualaikum.....nama saya Amir. Saya tahu awak semua cuba nak pikat saya kan. Saya sudi berkawan dgn awk semua asalkan awak bg no phone kawan awak yang berambut panjang tu. Boleh??"

Kami semua terkejut. Rupanya dia terpikat kat aku. huhuhuhu......lawak je. nmpak mcm kebal tapi rupanya dalam hati ada taman bunga. Aku pun bg la no phone kat dier. Mula2 malu tapi lepas tu dah ok. Setiap jumaat aku akan berjumpa dengan dier. Aku hanya mnganggap dier sbgai abg angkat. Hubungan kami tidak lama. Dia berpindah ke sekolah lain dan kami terputus hubungan. Hingga sekarang aku x tahu dier kat mana.
Bila difikirkan balik, kenangan masa zaman kanak2 memang manis. Tak banyak perkara yang perlu difikirkan. Sekarang semua perkara perlu dipertimbangkan. Jika tersalah langkah, dicaci dan dihina. Kalaulah masa boleh diundurkan ingin sekali aku kembali ke masa lampau.