Salam......Hari nie saya nak bercerita tentang kenangan di semesta 4.
Pejam celik-pejam celik, dah nak final exam. Cepat rasanya 4 bulan berlalu. Dalam masa 4 bulan nie lah pelbagai perkara dan kenangan tercatat dalam diari kehidupan saya. Semesta kali ini dipenuhi dengan dugaan dan cabaran. Ia menguji kemampuan saya untuk bertindak dan membuat keputusan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Berada di section 5 benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan saya. Bukan kekuatan untuk bergaduh tetapi kekuatan akal dan fikiran untuk menghadapi tekanan pembelajaran dan bersaing untuk menjadi antara yang terbaik. Maklumlah, sekarang nie bukan sahaja kepintaran tetapi kekuatan untuk berfikiran rasional amat diperlukan untuk memantapkan diri dan berjaya.
Pada saat ini, saya amat berterima kasih kepada rakan- rakan yang sangat membantu dalam pembelajaran saya. Kepada Farah Baharin, Syafiq Idris dan Rahmah terima kasih kerana menjadi rakan yang sangat bekerjasama dalam menyiapkan setiap tugasan BEL312. Walaupun kita pernah menghadapi kesukaran namun kita berjaya mengharunginya hingga ke akhirnya.Kenangan terindah adalah pabila kita sama-sama memakai pakaian sama warna untuk setiap presentation. Role play tu satu pengalaman baru untuk Liea .Kita berjaya siapkan walaupun ada pelbagai dugaan. Apapun TERIMA KASIH.....
Kepada yang lain, terima kasih atas segalanya.....harap kita akan tetap berkawan walaupun kita tidak berada dalam satu section.
No comments:
Post a Comment